Sarawak kehilangan Azizan

Tarikh Disiarkan : 06-Mar-2013

  • AZIZAN... Dijangka akan berehat enam bulan.

 

SKUAD Sarawak mungkin tidak dapat menggunakan khidmat pemain sayap lincah Azizan Saperi apabila adik kepada ketua pasukan (Shahrol Saperi) itu dijangka akan berehat panjang ekoran kecederaan serius lutut kirinya.

Ketua Jurulatih Sarawak, Robert Alberts memberitahu, daripada laporan awal diberikan oleh doktor semalam kecederaan dialami Azizan Saperi agak serius dan mungkin memakan masa selama enam bulan sebelum boleh kembali bermain.

"Salah satu urat di lutut kirinya putus... tetapi keputusan sama ada dia perlu menjalani pembedahan belum dapat dipastikan lagi kerana doktor masih memberi tempoh sebulan untuk memantau kecederaan tersebut," kata Alberts.

Sambil mengakui kecewa dengan berita tersebut yang sekali gus boleh membataskan pelannya.

Alberts mengakui betapa ketiadaan Azizan boleh menjejaskan skuadnya yang sebelum ini sudah pun kehilangan dua pemain utama (Ashri Chuchu & Mohd. Dzulazlan Ibrahim) yang berehat enam bulan.

Sementara itu, Azizan Saperi yang dihubungi semalam nyata begitu  sedih dengan musibah yang menimpa dirinya.

"Saya dinasihatkan oleh doktor berehat selama sebulan bagi memantau perkembangan kecederaan ini. Sekiranya masih tiada perubahan mungkin pembedahan terpaksa dilakukan," jelas anak jati kelahiran Kampung Muara Tebas itu.

Menurut Azizan, kecederaan lutut kirinya yang dialami ketika bertemu Kuala Lumpur di gelanggang lawan pada 1 Mac lalu masih lagi membengkak dan belum dapat berjalan sepenuhnya.






comments powered by Disqus
                    



Berita Popular

Tentera dicekup curi daging itik

Oleh : NewsDesk, 18-Apr-2014

Jangan biar remaja leka pengaruh gajet

Oleh : NewsDesk, 19-Apr-2014

Ngap Sayot bedil Tentera

Oleh : NewsDesk, 16-Apr-2014



    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.