BIMP-EAGA permudah peraturan keselamatan pelabuhan

Oleh : Bernama
Tarikh Disiarkan : 25-Oct-2013

KUALA LUMPUR, Khamis - Ketua-ketua keselamatan BIMP-EAGA telah menyiapkan draf buku panduan yang mengandungi peraturan-peraturan dan prosedur keselamatan yang dipermudah bagi laluan laut sub-rantau ini untuk mengukuhkan dagangan merentas sempadan antara, dan di kawasan tumpuan. BIMP-EAGA ialah Kawasan Pertumbuhan Asean Timur yang dianggotai Brunei Darussalam -Indonesia-Malaysia-Filipina, yang diwujudkan bagi merangsang aktiviti perniagaan dalam kawasan ekonomi berkenaan.

Ketua-ketua keselamatan negara anggota menyediakan buku panduan yang memperkemaskan peraturan dan prosedur serta prinsip dan dasar keselamatan untuk semua pelabuhan bukan utama di BIMP-EAGA. Buku panduan ini disediakan bagi memastikan keselamatan orang dan barangan yang berulang-alik di pelabuhan berkenaan, demikian menurut kenyataan BIMP-EAGA, hari ini "Pelabuhan-pelabuhan ini merupakan pusat perniagaan dan perdagangan yang penting. Keselamatannya penting untuk kelangsungan hidup," kata Pengerusi Sektor Keselamatan BIMP-EAGA, Abdul Ramin Hussin. Pelabuhan di BIMP -EAGA ini merupakan pintu masuk yang belum mematuhi piawaian Keselamatan kemudahan Pelabuhan dan Kapal Antarabangsa namun sudah terlibat dalam aktiviti dagangan merentas sempadan.

Beliau berkata, penerbitan buku panduan itu tepat pada masanya ketika negara anggota Asean membuat persiapan untuk penyepaduan ekonomi pada 2015. BIMP-EAGA ialah subkumpulan ekonomi terbesar Asia dengan bilangan penduduk melebihi 50 juta. Menerusi hubungan perdagangan sejak abad ke-17, sub-kumpulan itu mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian, perikanan, pembuatan dan pelancongan. – Bernama






comments powered by Disqus
                    




    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.