Aspek keagamaan sumbang kesejahteraan masyarakat

Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 08-Oct-2013

SRI AMAN, Isnin – Aspek keagamaan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup penduduk berbilang kaum di negeri ini. Ini kerana agama mendidik penganutnya untuk melakukan kebaikan serta menerap semangat saling hormat- menghormati di antara satu-sama lain kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis.

“Tiada agama yang mendidik para penganut untuk menjadi jahat,” menurut beliau ketika berucap merasmikan jamuan malam anjuran Lay Reader’s Fellowship Gereja Saint Luke Sri Aman di sini baru–baru ini.

Katanya aspek keagamaan tersebut juga menjadi salah satu daripada asas kepada wujudnya hubungan perpaduan yang amat kukuh dikalangan penduduk berbilang kaum yang menetap di negeri ini. Bukti wujudnya hubungan perpaduan yang kukuh dikalangan penduduk menerusi faktor keagamaan di negeri ini menurut Harden dapat dilihat ketika masyarakat berbilang kaum menyambut perayaan utama secara bersama-sama pada setiap tahun.

“Saya juga ingin menggesa kepada semua penduduk agar terus menyokong pucuk kepimpinan kerajaan yang sedia ada pada masa sekarang demi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Kita sebagai rakyat Malays ia per lu lah berasa amatlah bertuah kerana setakat ini negara mempunyai lima orang Perdana Menteri yang telah berjaya mencorak dan mengekalkan perpaduan di kalangan semua penduduk berbilang kaum di negara ini,” katanya,. Justeru, Harden berharap penduduk berbi lang kaum dan agama di negeri ini meneruskan semangat perpaduan mereka demi mewujudkan keharmonian serta kesejahteraan hidup penduduk pada masa yang akan datang.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Vicar Gereja Saint Luke Sri Aman, Venerable Archdeacon Chimbie Bunsi, pengerusi pengelola majlis, Subdeacon Lagat Langie, Ketua Pemuda SUPP N.27 Simanggang, Patrick Michael Malajin dan ketua kaum di sini.







Comments powered by Disqus Comments powered by Disqus
                    



Berita Popular

Utuhkan kecekapan tentera

Oleh : SAFRI ALI, 07-Apr-2013

15 jelitawan rebut juara

Oleh : thenewsdesk@eznews.com, 14-Feb-2016

Nyaris maut jatuh dari jejantas

Oleh : LIONG CHAI LING, 27-Jul-2016







Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.