Membuat, membaiki bot perlukan pengetahuan

Tarikh Disiarkan : 25-Feb-2013

  • Dua puluh peratus kos dapat dikurangkan berbanding membeli bot sedia ada mahupun mengupah orang membaiki bot yang rosak jika mempunyai pengetahuan dalam membaiki mahupun membuat sendiri bot gentian kaca.

 

BAGI nelayan, perahu mempunyai peranan yang penting dalam membantu kesinambungan kehidupan mereka. Malah boleh dikatakan tanpa perahu, kegiatan mereka menangkap ikan turut terhenti, rezeki dari laut mahupun su-ngai tidak dapat dituai untuk menyara kehidupan keluarga nelayan.

Namun, perahu yang diperbuat daripada kayu sejak dahulu banyak kelemahannya, baik dari segi ketahanan terhadap cuaca, struktur binaan, kestabilan dan ekonomi dari segi penggunaan minyak.

Pada masa sekarang Penggunaan gentian kaca berkekuatan tinggi dalam lapisan untuk diperbaiki, kekukuhan dan reka bentuk yang baru dalam pembinaan membuka perspek-tif baru dalam reka bentuk sebuah bot.

Kelebihan bot gentian kaca bukan sahaja stabil, tetapi ekonomi dari segi penggunaan minyak, tahan lasak dalam jangka masa yang panjang, malah turut meningkatkan ke-selamatan pengguna.

Baru-baru ini Protem Ahli Nelayan Semariang P.194 Petra Jaya mengadakan kerjasama dengan Kolej Komuniti, Kuching  mengadakan kursus dua hari untuk 20 orang ahli Protem Nelayan Semariang P.194 Petra Jaya mengikuti Latihan Pembinaan dan Penyelenggaraan Bot Gentian kaca.

Program yang julung kali di adakan di Kuching bertujuan memberi pendedahan kepada para nelayan membina dan membaiki bot mereka sendiri dan.

Menurut Mohd. Zain Dris, Penghulu Kawasan Semariang yang menyelia menyelia tujuh kampung Semariang, kursus ini berguna sekali untuk nelayan yang tinggal di kawasan 194 Petra Jaya kerana ia memberi pendedahan kepada nelayan bagaimana membina serta membaiki bot.

“Semua nelayan sedia maklum bot gentian kaca selalunya berharga dalam lingkungan ri-buan ringgit di pasaran dan kos membaiki kerosakannya juga menelan belanja yang besar.”

“Dengan adanya kursus selama dua hari dengan kerjasama Kolej Komuniti Ku-ching yang diadakan di Kampung Sema-riang Pinggir dapat mendedahkan para nelayan dengan kemahiran membina acuan membuat bot dan seterusnya memina sebuah bot gentian kaca, belajar langkah keselamatan semasa membuat bot atau membaiki bot dan belajar bagaimana menggunakan bahan asas yang diperlukan membuat sebuah bot seperti fabrik gentian kaca, resin dan macam-macam lagi,” ujar Mohd Zain.

Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih de-ngan Kolej Komuniti kerana sudi mengadakan kerjasama  menganjurkan Latihan Pembinaan dan Penyelenggara-an Bot Gentian kaca  serta menyediakan segala keperluan melaksanakan kursus ini.

Kursus ini turut mendapat bantuan daripada JKKK Sema-riang Pinggir dalam menyedia-kan lokasi mengadakan kursus.

Banyak permintaan daripada ahli Protem sebelum ini untuk mengikuti kursus ini, namun buat masa ini hanya  20 orang yang diberi peluang mengikutinya, ujar Mohd Zain lagi.

Kursus ini sentiasa berjalan dari semasa ke semasa untuk memenuhi permintaan ahli Protem Nelayan Semariang P194 Petra Jaya jika ada kerjasama dengan Kolej Komuniti Kuching, ujar beliau lagi.

ALTERNATIF MINIMUMKAN KOS NELAYAN

Menurut Rambli Bin Arabi, Ketua Ranting Kampung Se-mariang Pinggir merangkap Bendahari Cawangan N7, penganjuran kursus ini merupa-kan alternatif yang baik untuk penduduk dan nelayan.

Melalui kursus tersebut, setiap ahli Protem Nelayan Semariang P.194 Petra Jaya mendapat pengetahuan membaiki bot gentian kaca dengan cara yang betul di samping memberi mereka kemahiran membuat bot gentian kaca bagi menggantikan perahu kayu.

Ujar beliau lagi, kursus tersebut turut menerapkan aspek keselamatan semasa membu-at bot kerana banyak penggunaan bahan kimia semasa melakukan proses membuat bot gentian kaca, menjaga kua-liti bot serta dapat mengurangkan kos daripada membeli bot gentian kaca dari luar.

Menurut Jeffni Bin Mohammad dan Jumat Bin Sarap yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun membina bot gentian kaca, aspek keselamatan perlu dititikberatkan kerana setiap bahan yang digunakan dalam pembinaan bot, jika tidak dikendali dengan betul boleh memudaratkan dan mengancam keselamatan sendiri.

Dua rakan karib ini yang tidak asing lagi di kalangan kaki ngail kerana banyak membina bot gentian kaca mengikut permintaan, saiz dan reka bentuk untuk kaki ngail turun ke laut dijemput membantu pihak Kolej Komuniti Kuching dalam mengadakan kursus ini dalam memberi tunjuk ajar tentang keperluan barang asas yang diperlukan serta teknik asas membuat bot gentian kaca.

Ujar mereka berdua lagi, dengan kemahiran yang diperoleh membuat serta membaiki bot gentian kaca, 20 peratus kos dapat dikurangkan berbanding membeli bot yang sudah sedia ada mahupun mengupah orang membaiki bot yang rosak.

PERMOHONAN MENDAFTAR PERSATUAN NELAYAN BELUM LULUS

 Setakat ini seramai 300 ahli Protem yang masih menunggu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) agar penubuhan Persatuan Nelayan Ka-wasan P.194 diluluskan.

Menurut Hasbi Bin Lihi, Pengerusi Protem Ahli Nelayan P194, beliau menghantar borang permohonan penubuh-an persatuan nelayan setelah mengadakan mesyuarat protem kepada pihak LKIM sejak 2009, tetapi sehingga sekarang tiada keputusan berkenaan perkara tersebut.

“Kami ada menerima surat maklum balas daripada LKIM agar meminta kami menghantar semula beberapa dokumen untuk penubuhan persatuan dan pihak kami telah berbuat seperti yang diminta, namun sehingga sekarang tiada khabar tentang kelulusan penubuhan persatuan tersebut.” ujar beliau.

Dengan adanya persatuan nelayan ini, nelayan di sekitar P.194 Petra Jaya dapat melangkah lebih jauh seperti persatuan nelayan yang lain seperti mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan untuk membantu nelayan menambah pendapatan.

Persatuan Nelayan yang bakal ditubuhkan dengan tujuan untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial ahlinya atau kesento-saan ahlinya dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan demi memajukan taraf  hidup nelayan.

Di samping itu, Persatuan Nelayan yang ditubuhkan dapat mengurus dan mengendalikan rancangan bantuan kewangan untuk mengadakan sumber kredit dan modal bagi ahli.

Dalam erti kata lain, segala akta dalam perlembagaan penubuhan Persatuan Nela-yan yang bertujuan memajukan golongan nelayan dapat dipraktikkan dengan adanya persatuan nelayan yang didaftarkan, ujar beliau lagi.

Beliau berharap agar pihak LKIM dapat member perhatian serta memandang serius hasrat pihak Protem Ahli Nelayan P.194 mendaftar persatuan mereka.






comments powered by Disqus
                    



Berita Popular

Tentera dicekup curi daging itik

Oleh : NewsDesk, 18-Apr-2014

Jangan biar remaja leka pengaruh gajet

Oleh : NewsDesk, 19-Apr-2014

Pipi pelajar ditusuk besi

Oleh : NewsDesk, 22-Apr-2014



    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.