Pengangguran di Singapura masih rendah

Oleh : Bernama
Tarikh Disiarkan : 14-Sep-2013

SINGAPURA, Jumaat — Pasaran buruh terhad menyaksikan kadar pengangguran di Singapura kekal rendah, walaupun ia naik sedikit dalam suku kedua 2013, demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Menurut laporan yang bertajuk ’Labour Market, Second Quarter 2013’ itu kadar keseluruhan pengambilan pekerja ialah 2.1 peratus pada Jun 2013, naik daripada 1.9 peratus pada Mac 2013. Kadar pengangguran jangka panjang masih rendah dan stabil.

Menurut laporan itu, jumlah pengambilan pekerja naik sebanyak 33,700 dalam suku kedua 2013, lebih tinggi berbanding kenaikan 28,900 pada suku sebelumnya dan 31,700 pada suku kedua 2012. Ini menjadikan jumlah pengambilan pekerja sebanyak 3.42 juta pada Jun 2013, yang mana empat peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu.

MOM dalam satu kenyataan berkata dalam separuh pertama 2013, peningkatan pengambilan pekerja tempatan mengatasi peningkatan pengambilan pekerja asing.Pengambilan pekerja tempatan naik sebanyak 34,100, naik daripada 22,800 dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ia berkata pertumbuhan pengambilan pekerja asing (tidak termasuk pekerja domestik asing) turun kepada 27,000 daripada 34,100 dalam tempoh yang sama pada 2012.

"Ini merupakan pertumbuhan paling kecil sejak separuh pertama 2010 mencerminkan penurunan berterusan bilangan pemegang pas pekerjaan dan pertumbuhan perlahan permit kerja dan pemegang pas S," kata kementerian itu. - Bernama






comments powered by Disqus
                    




    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.