PMS jadi tuan rumah simposium budaya masyarakat Melanau

Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 03-Sep-2013

SIBU, Isnin – Persatuan Melanau Sibu (PMS) akan menjadi hos satu simposium berkaitan budaya masyarakat Melanau di sini dalam masa terdekat sempena sambutan jubli emas 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia. Pengerusi PMS, Drahman Jabar berkata, Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dijadual merasmikan simposium itu manakala Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammed Salahuddin akan menyempurnakan majlis penutupannya.

Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammed Salahuddin merupakan salah seorang pengasas PMS yang ditubuhkan pada 22 Oktober, 1958 dan PMS dipilih menganjurkan simposium itu selepas mesyuarat Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak di Miri barubaru ini, katanya dalam ucapan aluannya pada majlis ramah tamah merdeka raya anjuran PMS di sini semalam. Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Semop, Abdullah Haji Saidol adalah tetamu kehormat majlis itu yang kemudian menyerahkan dana RM10,000.00 daripada Ketua Menteri kepada PMS.

Simposium itu merupakan satu daripada program besarbesaran dianjurkan oleh PMS tahun ini selepas berjaya menganjurkan program sempena Pesta Kaul di Mukah, Pesta Kebudayaan Borneo dan banyak lagi program lain membabitkan penyertaan masyarakat Melanau, katanya. Drahman turut menggesa masyarakat Melanau di sini supaya terus berdiri teguh di bekalang kerajaan Barisan Nasional dan jangan sekali-kali memusnahkan suasana aman, damai dan hidup bersatupadu masyarakat berbilang kaum yang sedia terjalin.

“Kepada mereka yang masih belum menyertai persatuan, saya merayu supaya menganggotai PMS untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan dan persatuan yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Melanau di sini,” katanya. PMS, katanya, merancang menubuhkan bilik gerakan seperti yang diwujudkan di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Teku, bagi membolehkan masyarakat Melanau di sini menyertai PMS dan memperbanyakkan aktiviti. Drahman turut mengucap terima kasih kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud atas dana yang disumbangkan kepada PMS.






comments powered by Disqus
                    



Berita Popular

Tentera dicekup curi daging itik

Oleh : NewsDesk, 18-Apr-2014

Jangan biar remaja leka pengaruh gajet

Oleh : NewsDesk, 19-Apr-2014

Ngap Sayot bedil Tentera

Oleh : NewsDesk, 16-Apr-2014



    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.