Peraduan Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestlé

Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 31-Aug-2013

KUALA LUMPUR, Jumaat — Meluangkan masa bersama keluarga sememangnya penting kerana ia merupakan kunci kebahagiaan. Bagaimanapun, detik bermakna ini semakin hilang dalam arus kemodenan dan kesibukan gaya hidup masa kini. Ini kerana manusia semakin terikat dan leka dengan rutin harian, pekerjaan, aktiviti malah alatan atau gadget yang menyebabkan mereka semakin kurang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Syarikat Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan terkemuka negara – Nestlé Malaysia hari ini, mengumumkan inisiatif yang menyasarkan untuk mengeratkan keakraban keluarga melalui makanan yang lebih lazat dan aktiviti yang merapatkan keluarga.

Hari Keluarga Malaysia Nestlé mempunyai objektif utama iaitu meningkatkan kualiti kehidupan berkeluarga melalui makanan yang lebih lazat dan sihat, serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan, lantas mendorong rakyat Malaysia supaya menghargai keakraban ikatan kekeluargaan. Kempen ini memperkenalkan peraduan Bonanza Hari Keluarga Malaysia Nestlé yang akan berlangsung daripada 1 hingga 30 September 2013, membolehkan para pengguna ber-peluang memenangi hadiah berjumlah sehingga RM 2,600, 000.

Peraduan ini mengandungi dua peringkat yang mana peringkat pertama menawarkan 600 hadiah harian menarik yang terdiri daripada pakej baucar pilihan bernilai RM1,000; dan terdapat juga Pusingan Akhir yang mana para pengguna akan melalui cabaran penyingkiran bagi memenangi hadiah wang tunai. Dalam peringkat kedua ini, dua puluh pemenang hadiah pertama bakal membawa pulang wang tunai sehingga RM100,000 setiap seorang; manakala lima pemenang hadiah tempat kedua berpeluang memenangi wang tunai RM6,000 setiap seorang; dan lima pemenang tempat ketiga yang bakal memenangi wang tunai RM3,000 setiap seorang. Peraduan itu mensyaratkan para pengguna membeli mana-mana produk Nestlé yang mengambil bahagian bagi melayakkan mereka mendapatkan borang peraduan.

Pengguna dikehendaki menjawab tiga soalan mudah dan melengkapkan borang yang diberi dengan butiran yang diperlukan, serta melampirkan bukti pembelian sebelum mengirimnya kepada alamat Peti Surat Persendirian (P.O Box) Nestlé yang tertera pada halaman belakang borang. Peraduan ini sejajar dengan kepercayaan Nestlé bahawa sebuah Syarikat boleh berjaya dengan melakukan kebaikan. Nestlé akan mendermakan RM1 bagi setiap penyerahan borang yang sah. Hasil kutipan tersebut akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih. Jumlah keseluruhan yang dikumpul (dengan sumbangan maksimum bernilai RM1 juta) akan diumumkan di penghujung kempen.

Dengan menyertai peraduan Bonanza ini, para pengguna bukan sahaja dapat menyambut keakraban keluarga apabila memenangi hadiah-hadiah bertemakan kekeluargaan, tetapi juga membantu mereka yang tidak berkeluarga seperti anak-anak yatim yang bakal menerima hasil kutipan yang dikumpul.

"Sebagai pemimpin dalam Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, kami bukan sahaja memfokuskan pada penyediaan makanan dan minuman yang sihat, lazat dan berkhasiat buat para pengguna, malah, kami juga menumpukan pada kesejahteraan mereka, di mana ini merangkumi menyediakan peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga mereka,” kata Ketua Serantau Nestlé Malaysia dan Singapura, Alois Hofbauer. "Kempen ini sejajar dengan kepercayaan kami bahawa makanan yang baik adalah asas bagi kehidupan yang baik.

Saya berbangga menyatakan bahawa Nestlé telah berjaya membawa kepercayaan ini kepada rakyat Malaysia selama seabad ini dan kami komited mahu melakukannya untuk 100 tahun yang akan datang dan seterusnya," tegas Hofbauer. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan atau terma dan syaratnya, layari www.nestle.com.my/family atau hubungi 1-800-88-3433 dari Isnin hingga Jumaat, antara pukul 10 pagi hingga 5 petang.






comments powered by Disqus
                    



Berita Popular

Tentera dicekup curi daging itik

Oleh : NewsDesk, 18-Apr-2014

Jangan biar remaja leka pengaruh gajet

Oleh : NewsDesk, 19-Apr-2014

Ngap Sayot bedil Tentera

Oleh : NewsDesk, 16-Apr-2014



    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.