Sambutan Hari Wanita di PWTC Kuala Lumpur 28 Ogos

Tarikh Disiarkan : 11-Aug-2013

KUCHING, Sabtu – Sambutan Hari Wanita yang bertemakan “Hormati Wanita Masyarakat Sejahtera” pada tahun ini akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur pada 25 Ogos depan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Karim, berkata, tema ini diambil agar golongan lelaki menghormati sumbangan golongan wanita dalam masyarakat.

“Tahun ini, sambutan Hari Wanita akan melibatkan golongan lelaki bagi memberikan kesedaran tentang pentingnya peranan wanita dalam kehidupan dan pembangunan negara. “Diharap melalui penglibatan tersebut, ia dapat memberikan satu impak yang besar dalam memperjuangkan nasib golongan wanita,” katanya pada sidang media yang diadakan selepas Majlis Rumah Terbuka di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), di sini, hari ini. Mengulas lanjut, katanya, pihak kementerian bukan sahaja membela nasib golongan wanita malah ia turut menjaga kebajikan golongan lelaki.

“Sesungguhnya kedua-dua golongan ini akan diberikan perhatian yang saksama, justeru jangan ada lagi yang mempersoalkan tentang nasib golongan lelaki dalam masyarakat,” katanya. Dalam hal yang berkaitan, kata Rohani, berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia, dalam kebanyakkan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan, golongan wanita mencatatkan kes yang tertinggi berbanding golongan lelaki. "Jika dilihat daripada statistik keganasan antara lelaki dan wanita dari tahun 2008 sehingga kini, majoriti mangsa yang terlibat adalah terdiri daripada golongan wanita," jelasnya.

Sejajar dengan masalah yang berlaku dalam rumah tangga, beliau turut mencadangkan agar pasangan suami isteri menghadiri Kursus Rumah Tangga bagi mempersiapkan diri supaya mampu menangani masalah dari peringkat awal lagi. "Melalui kursus seperti ini, pasangan suami isteri berpeluang untuk mempelajari beberapa aspek dalam rumah tangga termasuklah dari segi pengurusan kewangan.

"Saya juga menggalakkan agar suami isteri menghadiri kursus Parenting At Work untuk mengetahui tentang tanggungjawab masing-masing termasuk penjagaan anak," katanya. Untuk makluman, Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan juga akan turut diadakan di BCCK pada Oktober depan dan dijangka akan disempurnakan oleh tetamu kehormat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Haji Hamidun.






comments powered by Disqus
                    



Berita Popular

Tentera dicekup curi daging itik

Oleh : NewsDesk, 18-Apr-2014

Ngap Sayot bedil Tentera

Oleh : NewsDesk, 16-Apr-2014

Jangan biar remaja leka pengaruh gajet

Oleh : NewsDesk, 19-Apr-2014



    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.