Kebersihan daya penarik Bazar Ramadan

Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 19-Jul-2013

KOTA SAMARAHAN, Khamis — Kebersihan merupakan aspek penting bagi menarik pelanggan membeli makanan yang dijual pada Bazar Ramadan, kata seorang jurucakap dari Jabatan Kesihatan Negeri. Beliau berkata demikian ketika membuat peninjauan di Bazar Ramadan Desa Ilmu di sini hari ini.

“Aspek kebersihan di Bazar Ramadan di Desa Ilmu ini memuaskan, kita akan mengambil sampel makanan di kalangan peniaga untuk dianalis,” katanya.

Pemantauan bagi memastikan tahap kebersihan makanan dan tapak tidak diabaikan oleh peniaga yang menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan ini, tambahnya. “Pensampelan akan menjurus kepada makanan berisiko tinggi seperti laksa, kebab, air tebu, ayam, ikan panggang dan seumpamanya,” ujarnya.

Katanya, pihaknya akan melakukan pemantauan tiga kali seminggu dan membuat pensampelan ke atas makanan berisiko tinggi untuk dianalisis di Makmal Keselamatan Kualiti Makanan Bahagian Kuching. Menurutnya lagi, pemeriksaan itu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran serta mempromosi tentang keselamatan makanan di kalangan penjaja di setiap bazar Ramadan.






                    



Berita Popular

Utuhkan kecekapan tentera

Oleh : SAFRI ALI, 07-Apr-2013

15 jelitawan rebut juara

Oleh : thenewsdesk@eznews.com, 14-Feb-2016

Filem OlaBola raih RM8 juta,13 hari tayangan

Oleh : thenewsdesk@eznews.com, 12-Feb-2016







Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.