Jabatan Pertanian Bintulu serah bantuan pertanian

Oleh : thenewsdesk@eznews.com
Tarikh Disiarkan : 04-May-2013

BINTULU, Jumaat — Jabatan Pertanian Bintulu hari ini menyerahkan bantuan baja dan peralatan pertanian bagi penanam sayur berbentuk kupon untuk fasa yang pertama semalam. Pegawai Pertanian Bintulu, Musa Haji Bahazen berkata seramai 19 orang menerima bantuan tersebut dan mendapat diberi kupon berdasarkan keluasan tanah yang digunakan untuk becucuk tanam sayur-sayuran.

‘Kupon ini akan berkuatkuasa mulai hari ini dan tarikh tamat sehingga 30 September 2013. Setiap kupon yang diagihkan kepada penanam sayur berbeza kerana ber-dasarkan keluasan tanah yang digunakan untuk menanam sayur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis itu di Bilik Mesyuarat, Jabatan Pertanian Bintulu di sini semalam. Menurut Musa, kegunaan kupon tersebut adalah hanya untuk membeli baja serta peralatan pertanian sahaja dari Pertubuhan Peladang Bintulu. “Jumlah barang yang dibeli mestilah mengikut nilai kupon yang diberi. Namun sekiranya, jumlah barang yang dibeli melebihi nilai kupon tersebut maka mereka (penerima bantuan) hendaklah menambah sendiri dengan wang tunai sendiri,” ujar beliau. Musa turut menjelaskan syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan tersebut iaitu pemohon seorang warganegara, seorang penanam sayur dan memiliki tanah sendiri atau tanah yang disewa atau dipinjam dengan sertakan geran tanah asli dan lain-lain.

Beliau menambah, kupon yang diterima oleh para penerima bantuan itu haruslah membawa kupon tersebut ke Pertubuhan Peladang untuk urusan pembelian baja dan peralatan pertanian yang ingin digunakan. Tujuan bantuan itu adalah untuk membantu meringankan beban para petani yang menanggung kos baja yang tinggi serta kos sara hidup yang tinggi.

Selain itu, tujuannya juga untuk menggalakkan penanam sayur menanam sayur lebih banyak lagi dan tidak bergantung kepada hasil tanaman sayur dari luar daerah. Dalam pada itu, Musa juga memberitahu bantuan bagi fasa pertama ini bermula dari Kampung Wawasan msehingga ke Kuala Tatau namun bagi bantuan fasa seterusnya akan dibuka sehingga ke seluruh daerah Tatau dan Sebauh.






comments powered by Disqus
                    



Berita Popular

Tentera dicekup curi daging itik

Oleh : NewsDesk, 18-Apr-2014

Jangan biar remaja leka pengaruh gajet

Oleh : NewsDesk, 19-Apr-2014

Ngap Sayot bedil Tentera

Oleh : NewsDesk, 16-Apr-2014



    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.