Tiada penyingkiran di Kilauan Emas 3

Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 28-Apr-2013

TIADA penyingkiran dilakukan pada konsert Kilauan Emas 3 yang berlangsung baru-baru ini di Auditorium MBSA Shah Alam. Bagaimanapun, tiga peserta iaitu Rina, Seri dan Edy mendapat markah paling rendah. Persembahan 10 peserta Kilauan Emas 3 dinilai berdasarkan 70 peratus juri profesional dan 30 peratus daripada undian SMS. Konsert pertama menyaksikan Rina mendendangkan lagu ‘Matahariku”, Edy (Di Alam Fana Cinta), Din (Juwita), Ros (Satu Dua Kau), Silah (Hotel Carlifornia), Idris (Seni Berzaman), Alina (I Will Survive), Mior (Potret Monalisa) dan Malia (Samar Bayangan).

Menampilkan juri Dato Ramli Ms, Ziana Zain dan Nash. Menampilkan penyanyi undangan Nash (Ku Di Halaman Rindu), Azie (Pelamin Angan Ku Musnah) dan Dahlan Zainuddin (Kisah Seorang Biduan). Mereka berentap sekali lagi pada konsert kedua Rabu ini dan menyaksikan siapakah bakal disingkirkan. Kilauan Emas 3 merupakan program realiti nyanyian untuk golongan berusia 40 tahun ke atas ini mendapat kerjasama daripada pihak penaja Polident® untuk musim ketiga.

Bertemakan ‘Otai Masih Berbisa’, program ini bersiaran secara langsung setiap Rabu, 9.30 malam di Astro Prima (Saluran 105). Juara Kilauan Emas Musim Ketiga bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM50,000 beserta kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro bernilai hampir RM 90,000. Manakala, naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing memenangi RM30,000 dan RM15,000. Polident® turut menawarkan Anugerah Personaliti Polident® kepada finalis yang memakai gigi palsu dan terpilih untuk bersaing dalam pusingan akhir bagi menerima Anugerah Personaliti Polident® RM10,000.

Selain itu, Kilauan Emas Musim Ketiga juga bakal membawa masuk khidmat dua nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam industri seni tanah air iaitu Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai guru vokal bagi program ini. Kilauan Emas Musim Ketiga juga turut mengekalkan pengacara, pelakon dan penyampai radio Sinar FM; Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sebagai pengacara Konsert Kilauan Emas.







Comments powered by Disqus
                    





    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.