‘Doktor kecil’ miliki tanggungjawab berat

Oleh : NewsDesk
Tarikh Disiarkan : 20-Apr-2013

KUCHING, Jumaat Dimana saja mereka diperlukan, mereka akan hadir menabur bakti, merawat pesakit. Pendek kata, mereka adalah ‘doktor kecil’ yang mempunyai tanggungjawab besar. Ketiadaan doktor mewajibkan mereka menjalankan tugas-tugas murni dan mencabar seorang doktor, dari peringkat memenuhi keperluan psikologikal pesakit sehinggalah meredakan setiap rasa sakit yang dialami oleh seorang pesakit. Peranan mereka sama pentingnya dengan doktor, terutama di luar bandar atau di klinik dan hospital yang kekurangan doktor. Merekalah yang merawat pesakit. Apabila berhadapan dengan kes rumit penglibatan doctor diperlukan untuk rawatan.

Itu antara tugas penting doktor kecil atau seorang Penolong Pegawai Perubatan / Medical Assistant (MA). “Tugas MA lebih kepada mendiagnos penyakit untuk mengenalpasti masalah sebelum menentukan rawatan yang diperlukan. MA berada di barisan hadapan sebelum merujuk kes lebih serius kepada doktor,” kata Ketua Program Pembantu Perubatan di i- Systems College Kuching (iSC), Yusop Zaini. Menurut beliau, peranan MA masih amat penting di Sarawak lantaran masalah kekurangan doktor, sekali gus menjadikan peluang kerjaya di dalam bidang ini amat cerah. Malah jumlah MA yang ada di negeri ini juga masih belum mencukupi untuk menampung keperluan bagi seluruh negeri.

Menurut Yusop, seperti mana institusi latihan yang lain, iSC juga akan menekankan kualiti bagi melahirkan MA yang berdedikasi, berdisiplin dan berkredibiliti serta dapat berkhidmat dengan baik di mana sahaja mereka bakal ditempatkan selepas lulus. Mengenai kursus Diploma Pembantu Perubatan yang ditawarkan di iSC, Yusop berkata, ia meliputi pengajian tiga tahun dengan enam semester. Di iSC para pelajar mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar bertauliah dan mereka akan hanya dihantar praktikal pada semester kedua.






comments powered by Disqus
                    


Berita Popular

Tentera dicekup curi daging itik

Oleh : NewsDesk, 18-Apr-2014

Jangan biar remaja leka pengaruh gajet

Oleh : NewsDesk, 19-Apr-2014

Pipi pelajar ditusuk besi

Oleh : NewsDesk, 22-Apr-2014



    Pandangan Anda
    Adakah anda berpuas hati dengan adanya GST dalam pembentangan budget 2014?

      Sangat Puas hati
      Terpulang Saja
      Tidak Puas Hati
    Semak Keputusan




Dapatkan Berita Hangat Terus Ke Emel Anda

Masukan nama dan emel anda ke ruangan di bawah.